Saturday, May 16, 2009

GURU OH GURU

GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

catatan dari mat lanun : walau sebesar mana jawatan yg disandang oleh kita pada hari ini jgn lupa semuanya itu bermula dgn "tangan" dan suara keramat dari seorang insan yg bergelar " Guru, cikgu , ustaz dan ustazah ". Insaflah kita dan segerakanlah menadah tgn membaca walau hanya secebis Al- Fatihah buat guru2 kita yg lebih dahulu meninggalkan kita... :SELAMAT HARI GURU BUAT SELAMA-LAMANYA.

2 comments:

Tok Malau ... May 16, 2009 at 8:08 PM  

" selamat hari guru " ... tapi disekolah guru ada macam2 kan... hang pun banyak ragam gak..pe pun APA YG PENTING ? ..... APA YG PENTING ? ..... lu fikir le sendili

KakiAyam May 19, 2009 at 8:17 PM  

Apa yang penting..La la la la la... La la la la la..ewah.. La la la la la... La la lagi..terus2..sikit..sikit lagi..ewah..La la la la la..

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP