Wednesday, September 2, 2009

Kisah Org Gila...........

Ada doa orang sahabat, mereka ni sangat akrab.Sorang bernama Hanif danyang sorang tu bernama Tony.Mereka ni penghuni setia rumah tumpanganorang-orang gila. Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolamrenang yang terdapat di rumah tumpangan itu.Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang.Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tonytak habis-habis lari keliling kolam renang tu. Tiba-tiba mungkin keranakeghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam kolam... .apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh,nasib baik taklemas.
Memandangkan Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukan, Si Hanifdengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalucepat-cepatmembawanya ke dalam bilik mereka. Keesokan harinya Si Hanif telahdikerahkan menemui orang atasan.Kira pegawai ler tu.Apabila melihatwajahSi Hanif beliau ! ! ! ! ! ! ! ! ! mula berkata," Saya ada dua beritayangperlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atautidak.Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini mempunyai
pemikiranyang waras.Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awaktelah membunuh diri.Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalambiliknya dengan lehernya tergantung. Dengan muka selamba Si Hanif pun menjawab, Tidak tuan dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia ” cepat kering".

Read more...

TAHUKAH ANDA..

1- Sebuah kapal akan tenggelam jika dinaiki wanita mengandung jika kapal
yg dia naiki itu adalah kapal selam.

2- Anda boleh menghentikan sebuah bas dgn menggunakan satu jari dengan cara
kumpulkan segala kekuatan kemudian tekanlah loceng.

3- Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam
pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina
helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat
helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

4- Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta
yang dipandu selaju 40km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah
yang bertentangan.

5- Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar dikenali sebagai
paparazi.Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam
filem LaDolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960.Dalam
bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh
dikenali dengan nama papa Razzi.

6- Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama
walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walau bagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.


7- Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih
aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

8- Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit,
pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

9- Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan
sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindak balas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk
menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan
kita.

Read more...

4 PERKARA BERHARGA

Telah bersabda Nabi Muhamad SAW yang maksudnya:
" Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.
Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka....
1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-

1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.

Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:

1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama).
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana@musibah.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

Allahu Akbar!!

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP