Wednesday, September 2, 2009

TAHUKAH ANDA..

1- Sebuah kapal akan tenggelam jika dinaiki wanita mengandung jika kapal
yg dia naiki itu adalah kapal selam.

2- Anda boleh menghentikan sebuah bas dgn menggunakan satu jari dengan cara
kumpulkan segala kekuatan kemudian tekanlah loceng.

3- Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam
pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina
helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat
helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

4- Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta
yang dipandu selaju 40km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah
yang bertentangan.

5- Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar dikenali sebagai
paparazi.Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam
filem LaDolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960.Dalam
bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh
dikenali dengan nama papa Razzi.

6- Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama
walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walau bagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.


7- Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih
aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

8- Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit,
pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

9- Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan
sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindak balas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk
menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan
kita.

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP