Thursday, February 26, 2009

SAJAK BUAT WARGA PENDIDIK




SAJAK BUAT WARGA PENDIDIK
KARYA : EFISYA (KAKAK LANUN)

Kalam siapakah pengukir cita dan jaya
Di diari anak-anak yang damba ke mercu
kukira engkaulah penenun hebat
pernah memilih lantas menghimpunkan
Benang-benang keakraban menjadi sutera kasih
kukira kiblat perjuangannya tidak pernah berkalih
tegur didikmu tidak boleh memilih-milih
kerna tugasmu menanam menyubur benih

Dalam sukma mesti sarat penuh rasa cinta, rasa kasih
Rasa tanggungjawab, sifar calar tulus amanah, tak boleh serpih
Terus berjuang kerana kalian insan terpilih
Kepada rakanku yang pernah tercalar hatinya
usah biarkan teritip-teritip kecil mengguris hati
Hidup ini memang ladang juang maha hebat maha gawat
Hidup ini kelarai payah, tenunan gundah untaian resah
Singkirkan rawan mendatang


Bukakan kembali pustaka rindu cintamu
Agar anak-anak masih merah
bisa mengenal apa bezanya
Rama-rama dan kupu-kupu

Wahau Tuhan Maha Pengasih
Jadikan benih-benih azam anak-anak didik kami
Tumbuh subur menjadi pohon hijau
Di perkebunan hidup.

Read more...

Derhaka: Umno ada sejarahnya

Para pemimpin Umno-BN dan para penyokong fanatiknya mendakwa para pemimpin serta para penyokong Pakatan Rakyat (PR) menghina Sultan Azlan Muhibbuddin Shah kerana enggan menerima pembentukan kerajaan negeri Perak yang baru pada 4 Februari lalu. Apatah lagi, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin enggan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar walaupun telah dinasihatkan berbuat demikian oleh Sultan Perak. Pengerusi DAP, Karpal Singh pula mahu menyaman Sultan Azlan Shah (walaupun tidak dipersetujui pemimpin PR yang lain) dan BN.
Ekoran itu, demonstrasi demi demonstrasi diadakan oleh Umno-BN dan penyokongnya di seluruh negara dengan pelbagai sepanduk mengecam Nizar dan Karpal. Karpal sendiri menghadapi 84 laporan polis terhadapnya. Beliau segera dipanggil oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk memberi keterangan. Cepat sungguh Polis Diraja Malaysia bertindak atas laporan polis terhadap pemimpin pembangkang sebaliknya para pemimpin BN yang memang 'penjenayah' dan 'perompak' harta rakyat, laporan polis itu entah ke mana lesapnya! Sikap hipokrit dan 'double-standard' Umno terserlah apabila mereka turut turun ke jalan raya berdemonstrasi membantah ketegasan pemimpin Pakatan Rakyat dalam isu di Perak walaupun mereka juga yang mengatakan demonstrasi bukan budaya kita.
Nampaknya, jika dilakukan oleh mereka, demonstrasi jalanan tersebut tidak menjadi satu kesalahan. Karpal sendiri mempertikaikan perkara ini. Katanya, demonstrasi Pakatan Rakyat dihalang, tetapi demonstrasi Umno-BN dibenarkan walaupun tanpa permit. Menantu kesayangan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Khairy Jamaluddin juga kini mahu menjadi jaguh dengan mengecam Nizar dan Karpal dalam demonstrasi jalanan yang ditajanya. Beliau turut meminta penderhaka dihalau dari bumi Perak. Nampaknya, Khairy mudah lupa kerana dahulu beliau juga yang menganggap para demonstrator jalanan adalah monyet.
Tetapi, sekarang kerana mempertahankan kerajaan haram di Perak, beliau sanggup menjadi monyet. Semua orang tahu ini hanyalah sandiwara Khairy sahaja untuk meraih sokongan dalam pertandingan memilih Ketua Pemuda Umno dalam Perhimpunan Agung Umno pada 24 hingga 28 Mac nanti. Demonstrasi bukan budaya kita. Bagaimanapun, ia menjadi budaya murni dan halal jika menyokong kerajaan rasuah, angkuh dan sombong BN!
Bandingkan dengan demonstrasi di Masjid Ubudiah dan Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 6 Februari lalu. Tiada satu pun kain rentang oleh penunjuk perasaan berbunyi kasar serta menghina Sultan Perak dan Raja Muda. Apa yang terpampang hanyalah ayat "Daulat Tuanku Rakyat Pohon Tuanku Bubarkan DUN Perak" dan "Menuntut Bubarkan DUN, Kembalikan Kuasa Rakyat". Nizar menderhaka? Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Sultan Azlan. Tetapi, tidak menggunakan perkataan tidak bersetuju. Sebaliknya, beliau menggunakan perkataan "Sembah patik sembah derhaka."
Bukannya beliau menderhaka seperti yang ditafsirkan oleh akhbar arus perdana kroni kerajaan rasuah, angkuh dan sombong BN. "Sembah derhaka" itu telah dijadikan isu, sedangkan selama ini pemimpin Umno yang kerap menderhaka kepada Sultan. Kepada Allah SWT pun mereka menderhaka, apatah lagi kepada Sultan yang juga manusia ciptaan Allah. Nizar enggan meletakkan jawatan kerana jawatan dan kerajaan pimpinannya dirampas secara tidak bertamadun oleh pemimpin kerajaan rasuah, angkuh dan sombong BN. Beliau dan kerajaan tidak dikalahkan, tetapi dinafikan secara haram menerusi rampasan kuasa yang sebenarnya memalukan Umno-BN.
Mana mungkin seorang yang bermaruah dan dipilih oleh rakyat mahu tunduk pada perbuatan tidak bermaruah dan penuh kehinaan? Siapa sahaja yang bermaruah akan mempertahankan diri jika dianiayai. Berkaitan dengan isu di Perak ini, Umno-BN cuba menggambarkan imej buruk Pakatan Rakyat, iaitu tidak mendengar titah raja. Sejak bila pula Umno-BN begitu taat setia kepada raja dan menjadi pembela berani mati?
Umno biadap pada Raja-raja Melayu
Ingin ditanya, siapakah yang terlebih dahulu derhaka kepada raja? Kerajaan rasuah, angkuh dan sombong BN sudah lupa siapa yang menentang dan menghina Sultan Terengganu (yang juga Yang di-Pertuan Agong) dalam pemilihan Dato Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu pada bulan Mac tahun lalu? Cepatnya Umno-BN lupa pada demonstrasi oleh penentang pelantikan Ahmad itu? Ia adalah atas arahan Abdullah sendiri. Sehingga kini, langsung tiada siasatan dan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka yang terlibat.
Dalam demonstrasi di pekarangan rasmi Menteri Besar Sri Iman, Kuala Terengganu pada 23 Mac tahun lalu itu, para pemimpin Umno negeri dan Pusat menderhaka terhadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin apabila secara terbuka berdemonstrasi yang jelas menghina kemuliaan institusi raja dalam isu pelantikan menteri besar. Penyokong Umno/BN mahu Idris Jusoh kekal sebagai Menteri Besar Terengganu.Mereka menyanggah pihak istana yang diwakili Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) kerana melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.Tindakan biadap Umno itu memang mengundang kemarahan pelbagai pihak serta menimbulkan reaksi kurang senang di kalangan rakyat umum, termasuk Istana Tuanku. Antara slogan pada kain rentang yang menimbulkan ketegangan itu adalah seperti Kami Nak Idris, Natang (binatang) yang disiarkan secara meluas oleh beberapa buah stesen TV negara kita.
Perkataan Natang itu adalah dialek Terengganu yang bermaksud 'Binatang. Ia ditujukan kepada siapa? Adakah kepada pihak Istana Terengganu atau Raja-raja Melayu yang menjadi sasaran emosi pemimpin serta penyokong tegar Umno/BN Terengganu? Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor membuat kenyataan terbuka untuk memecat Ahmad Said yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal. Umno Terengganu yang diketuai Idris dan Rosol Wahid memprotes secara terang-terangan watikah yang diperkenan oleh Pemangku Sultan Terengganu melalui MPPR. Sehingga kini, Abdullah tidak dibicarakan, apatah lagi dijatuhi hukuman setimpal. Bagaimanapun, seluruh rakyat Malaysia sudah menyedari bahawa Umno-BN yang sebenarnya adalah penderhaka bertopengkan agenda perjuangan orang Melayu.
Annuar Musa (sekarang Tan Sri) sudah lupa atau berpura-pura lupa bahawa pada tahun 1993 beliau sanggup berarak dari Kuala Lumpur membawa Tengku Ibrahim dan menabalkannya di bawah pohon janggus sebagai Sultan Kelantan, sedangkan Sultan sebenar masih ada. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Muhammad Mohd Taib (juga sekarang Tan Sri) ketika menjadi Menteri Besar Selangor juga lupa beliau pernah melarikan puteri Sultan Selangor, Sultan Salahuddin, yang lebih dikenali sebagai Ku Yah. Lupakah bahawa Umno juga pernah mewujudkan krisis Perlembagaan pada tahun 1983. Kerakusan mahu terus berkuasa telah mendorong Umno mencadangkan satu pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk meminda peruntukan yang berkaitan dengan kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja serta kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat.
Pindaan yang dikemukakan pada pertengahan tahun 1983 itu diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong enggan menandatangani rang undang-undang Perlembagaan (Pindaan 1983) itu setelah baginda berbincang dengan raja-raja lain. Pindaan Perlembagaan 1983 tersebut bukan sahaja mewujudkan krisis perlembagaan, malah buat kali pertama selepas kemerdekaan, pemimpin kerajaan yang dikuasai Umno mengadakan rapat umum untuk menghentam raja-raja. Rapat umum anjuran Umno itu telah menyebabkan raja dipandang hina oleh masyarakat awam. Pada tahun 1990, Umno sekali lagi bertembung dengan raja-raja selepas ia kalah teruk di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum ke-8. Dalam Perhimpunan Agung Umno tahun 1991, Umno telah melemparkan kritikan yang pedas, tajam, kurang ajar dan tidak beradab terhadap raja-raja Melayu.
Istana Kelantan dibidas secara terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN di tangan calon-calon Angkatan Perpaduan Ummah.Bukan sahaja Sultan Kelantan dibidas dengan kata-kata tajam dan pedas, raja-raja lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan seperti menyalahgunakan kedudukan untuk mendapat kelebihan dan peluang perniagaan serta mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya. Seterusnya, pindaan Perlembagaan tahun 1993 menunjukkan percubaan Umno untuk menghapuskan kekebalan raja-raja. Keputusan Majlis Raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut tidak disenangi Umno.
Akibatnya, media massa yang dikawal oleh Umno menyiarkan kenyataan tidak bersopan dan beradab beberapa orang menteri mendedahkan apa yang didakwa sebagai salah laku raja-raja serta anggota kerabat diraja tertentu. Jadi, sekali lagi Umno mengulangi taktik mengaibkan raja-raja seperti yang dilakukan semasa krisis Perlembagaan tahun 1983. Pada tahun 1978, Menteri Besar Perak, Tan Sri Ghazali Jawi enggan meletakkan jawatan sehingga mendorong Sultan Perak, Sultan Idris Shah menyimpan janggut dan jambang. Baginda bernazar akan mencukurnya setelah Ghazali meletakkan jawatan. Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato Mahfuz Omar membantah keras rampasan kuasa di Perak ini walaupun tidak hairan jika ada rasuah RM50 juta untuk membeli ADUN PR kerana rasuah memang sudah menjadi amalan pemimpin Umno/BN.
Oleh kerana Umno-BN merampas kuasa secara yang disifatkan oleh pakar undang-undang dan Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai rompakan di siang hari yang terang-benderang', Mahfuz tegas mengatakan ada dua buah kerajaan haram di dunia sekarang. Pertama, katanya, kerajaan haram laknatullah Israel dan kedua, kerajaan haram BN di Perak.
Adun 'lompat' tidak berani pulang ke kawasan
Oleh kerana berkuasa secara haram, menurut Setiausaha Politik Nizar, Misbahul Munir Masduki, maka Adun Behrang, Changkat Jering dan Jelapang tidak berani menjenguk kawasan masing-masing. "Bagaimana mereka boleh berkata mahu berkhidmat kepada pengundi sedangkan langsung tidak berani pulang ke kawasan masing-masing? Mereka tahu mereka telah mengkhianati pengundi,"tambah Misbahul. Sebab itulah mereka takut untuk menjenguk kawasan. Para pengundi mereka juga sedang menunggu dengan kasut, jelas beliau secara berseloroh dalam satu ceramah di Kuala Lumpur baharu-baharu ini.
Tambah beliau, jika hasrat mengadakan pilihan raya semula dan tandatangan referendum rakyat Perak gagal, krisis yang berlaku diharap akan berterusan sehingga tiga kerusi Dun terbabit dikosongkan dan pilihan raya kecil diadakan. Dilaporkan bahawa Speaker Dun Perak, V Sivakumar enggan menerima Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar dan enam orang Exco baharu kerana pelantikan mereka tidak mengikut Perlembagaan. Dalam perkataan lain, mereka adalah pemimpin kerajaan haram!
Namun, sikap 'double-standard' serta tidak tahu malu pemimpin Umno terserlah apabila Dr Zambry membantah tindakan Sivakumar itu. Katanya, perkara itu perlu dibawa ke mesyuarat Dun terlebih dahulu. Tahu pula mahu membawa ke mesyuarat Dun. Semasa mahu merampas Perak pada 4 Februari lalu, tidak pula mahu menunggu mesyuarat DUN untuk mendapat undi tidak percaya terhadap Nizar. Inilah sikap Umno yang tidak bertamadun seperti lanun!

Walaupun akhirnya bersetuju keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar dan menyerahkan semula kenderaan rasmi, Nizar dan barisan Exconya akan menjelajah seluruh negeri Perak (setiap Dun) untuk memberi penjelasan. Menurut Misbahul lagi, Sultan Azlan dikhabarkan berdukacita atas kemarahan rakyat baginda. Sepatutnya baginda bergembira ketika menyambut perayaan Jubli Perak memerintah negeri Perak. - azm_

Read more...

Monday, February 23, 2009

KOLEKSI KELAKAR 2

MEMANG LAWAKLA! ... HA HA HA HA HA HA! :)

Citer 1


Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..


Citer 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????


Citer 3

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak
pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........


Citer 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!


Citer 5

Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It
happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru
jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler
tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked
from the police officer and asked for her driving license and so on but
unfortunately
at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite
major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the
accident scene.So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne,
she just ran off back to her car and head straight back home in Klang.
So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu
tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"
Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER.
" So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"
Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER
NGAN HOUSEMATE SAYA."
So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"
Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg
malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna
putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak
pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.


Citer 6

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada
jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin
hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????


Citer 7


Seorang posmen yang datang menghantar surat .
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"


Citer 8

Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala


Citer 9

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya.
Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki
itu dengan riang.


Citer 10

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...


Citer 11

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat .
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?"


Citer 12

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Read more...

KOLEKSI CERITA KELAKAR (18SGXXRAY)

Cium Isteri
Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:
Isteri :Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami :Kenapa?
Isteri :Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang
kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah
mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami :Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?'


2.Bunuh Setan
Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.
'Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang
betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'.
Kata si suami 'yerr kerr?' Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg? sambil ketawa..
Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
Si suami tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
'takpe...tunggulah malam'.
Esoknya si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan...bang' .
Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya si isteri berkata
'banggg, jom kita bunuh syaitan... '.
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........
'Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang'


3.Pak pandir menunjukankan kepandaiannya
Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye.
Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas.
Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik.
Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.
Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
'Bentuk macam taik...' Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
'Lembik...macam taik.'
Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu
taik tu, lepas tu dia berkata,
'Bau macam taik.'
Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk menjilat sedikit taik tersebut.
Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...
'MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!'

4.Mamak dapat anak
Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya,
tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira
dan terus datang kepadanya
Ali: Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak: Saya bini juga surat India mari.
Ali: Apa dia cakap? Tentu good news....
Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!
Ali:Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?
Mamak:Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali: Lerrrrrr..?? ???...kalau 3 tahun tarak balik tu anak siapa? Hahahaha…

5..kisah 2 ekor burung.
Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.
Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja,
datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua.Ia berkata kepada si penjual burung.
Pembeli :Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu $500, sedangkan yang diam itu $1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa...memang berbeza, yang berharaga $1000 itu ialah pencipta lagunya.


6.Belajar bahasa English
Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau. .. suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan2 di The mall
Gadis:' I'm sorry '
Pelancong:' I'm sorry, too '
Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu... dia meneka2 dan terus menjawab..
Gadis:' I'm sorry. three '
Pelancong: ' What are you sorry for? '
Gadis:'I'm sorry, five '


7.Kek Hari jadi...

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya.
'Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini,encik?' tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.

'Mmmm, tulis saja 'Sayang tidak bertambah tua' di bahagian atas,
kemudian sambung dengan 'Sayang cuma bertambah cantik' di bahagian bawah,'kata lelaki itu. Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

'SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH.'


8.Anak siapa??
Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert,
Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.
Suzy :Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah :Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy:Tapi mengapa?
Ayah :(Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu.Tapi, jangan beritahu ibumu ye! Terkejut dengan jawapan itu,suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy :Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu :Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi :Tapi kata ayah, Robert itu abang saya.Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu :(Separuh berbisik) Hmmm....Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy :Ha!!??

Read more...

TINGGINYA MARTABAT SEBUAH AL-QURAN

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al – Quran "
Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al - Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.
Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan. Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :
"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"
Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata :
"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat"."Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" .Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga"
Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al - Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.
Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.
Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat.
Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya.....AMIN!!!

Read more...

Dengar Sini Dunia - Aku Adalah Mordachi Elyaho




Seorang Rabbi Yahudi-Zio ni s, Mordachi Elyaho telah mengeluarkan arahan yang mengizinkan membunuh perempuan dan anak-anak Palestin. Dan, menurut Rabbi itu, setiap orang Yahudi akan membebaskan mereka dari setiap tuduhan atas tindakan menyerang orang-orang Palestin.

Menurut akhbar dari Arab Saudi, Al-Watan, bahawa Rabbi itu menegaskan pandangannya, bahawa serangan Israel di Gaza sesuai dengan ajaran agama Yahudi yang menganggap jenayah seperti itu sebagai: " Bentuk hukuman kepada musuh".

Pemimpin Rabbi Yahudi menyatakan bahawa sama sekali tidak akan serik melakukan pembunuhan terhadap orang Palestin. Walau berapa jumlah orang Palestin yang mati, ujar Rabbi itu.

Rabbi, Mordachi Elyaho, yang berpegang kepada ayat dalam Kitab Talmud, yang merupakan pedoman dari agama yang sekarang popular di kalangan Yahudi-Zio ni st,

Rabbi Mordachi telah mengirimkan pula surat kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, semuka penuh dalam akhbar mingguan, yang berisi artikel yang menyuruh orang-orang Yahudi, tentang hukuman terhadap musuh sesuai dengan etika perang dalam Taurat.

"Pandangan Rabbi Mordachi telah diterapkan terhadap penduduk Gaza, dan orang Palestin yang tinggal di Gaza harus menanggung akibatnya, dan mereka semua harus memikul tanggung jawab, kerana mereka tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan serangan roket yang dilakukan Brigade al-Qassam" kata Elyaho, dalam suratnya ke Olmert.

Rabbi Yahudi, Mordachi meminta pemerintah Israel , terutama Olmert melanjutkan operasi tentera ke Gaza .

Menurut Mordachi, semua tindakan yang dilakukan oleh pemerintah Perdana Menteri Olmert, yang bertujuan untuk : "Menghancurkan orang-orang Palestin yang sudah bersalah, merupakan tindakan yang sah".

Yesrael Rozin, seorang panganut Talmud yang fanatik, juga mengatakan bahawa hukum Taurat menetapkan pembunuhan laki-laki, anak-anak, perempuan, tua, bayi, dan haiwan [dari musuh], tambahnya.

Dari Kitab Talmud, Rabbi Sholomon Elyaho menyatakan : "Jika kita membunuh 100 orang Palestin, tetapi orang Palestin itu tetap menolak untuk menghentikan serangan roketnya, kita harus membunuh orang Palestin 1000, dan jika kita membunuh orang Palestin 1000, tetapi orang Palestin tidak menghentikan serangan roketnya ke Israel, maka kita harus membunuh 10,000 orang Palestin, dan kami harus terus membunuh orang Palestin, meskipun jumlah orang Palestin yang dibunuh sudah mencapai satu juta, dan waktu harus dihabiskan membunuh orang-orang Palelstin ", tegas Rabbi Sholomon

Dalam Mazmur mengatakan: " Aku harus terus membunuh musuh dan menangkap mereka, dan aku tidak akan berhenti sampai mereka benar-benar habis ", menurut Talmud. Jadi, orang-orang Zio ni s-Israel, tidak akan pernah berhenti membunuh orang-orang Palestin. Mereka akan terus membunuh dan membunuh, sampai orang Palestin habis. I ni sudah menjadi keyakinan mereka.

Read more...

ORANG-ORANG YG DIDOAKAN PARA MALAIKAT

Orang - orang yang Didoakan oleh Malaikat

Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28)

Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat :

1.Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci'" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang duduk menunggu shalat.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'" (Shahih Muslim no. 469)

3. Orang - orang yang berada di shaf bagian depan di dalam shalat.

Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf - shaf terdepan" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang - orang yang menyambung shaf (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalm shaf).

Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang - orang yang menyambung shaf - shaf" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu" (Shahih Bukhari no. 782)

6. Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda, " Para malaikat akan selalu bershalawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat shalat dimana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)

7. Orang - orang yang melakukan shalat shubuh dan 'ashar secara berjama'ah.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, " Para malaikat berkumpul pada saat shalat shubuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat 'ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat 'ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hambaku ?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat'" (Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'" (Shahih Muslim no. 2733)

9. Orang - orang yang berinfak.

Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit'" (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

10. Orang yang makan sahur.

Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang - orang yang makan sahur" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11. Orang yang menjenguk orang sakit.

Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh" (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")

12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda,
"Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain" (dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)

Read more...

Saturday, February 21, 2009

TIP –TIP (PETUA/PEMUDA/PEMUDI) UTK SIHATKAN MINDA

TIP 1 – JGN SELALU FIKIR YG SUSAH2 KALU SUSAH SGT LEPASKAN TENSON ANDA DGN MELOMPAT PAGAR (PAGAR SEKOLAH LAGI BGUS.




TIP 2 - FOKUSKAN KERJA ANDA DGN SEGALA DAYA DAN USAHA DITAMBAH DGN TENAGA YG KENTAL (MINUM NONI DULU BARU POWERRR)






TIP 3 – LAKUKAN SENAMAN SELALU .PALING SENANG SENAMAN BERGAYUT KAT RANTING KAYU ATAU PENYIDAI KAIN BINI ANDA (PASTI MERIAH KALU PATAH PENYIDAI TU..)




TIP 4 – LAKUKAN KERJA YG SUSAH2 DLM KUMPULAN. JGN NAK TUNJUK TERORR KERJA ‘ONE MEN SHOW’ SEMATA-MATA NAK BODEK BIGBOSS.




TIP 5 – BANYAK BERGAUL DAN BERKAWAN WPUN DGN MUSUH ANDA.KERNA BYK BERKAWAN BYK MENDPT IDEA YG BAIK ATAU BURUK.



TIP 6 – JAGA KESIHATAN ANDA –JGN SESEKALI MAIN AIR HUJAN NANTI DEMAM X LEH NAK G KERJA.



TIP 7 – SELEPAS PENAT KERJA ELOKLAH BEREHAT TENANGKAN FIKIRAN DGN BERSANTAI KAT TEPI LONGKANG ATAU KAT TEPI JLN JANJI ADA TEPI JE..



TIP 8 – BYKKAN SENYUMAN TERUTAMA KALU BIGBOSS LALU KAT TMPAT KERJA ANDA. (BKN BODEKK TAU) CUMA NAK TUNJUKKAN IKATAN SILATURAHIM YG MURNI DAN IKHLAS).




TIP 9 – SENANTIASA BERINGAT SBLUM KENA KALU DAH TERJADI PERKARA YG X DIINGINI PASTI MENYESAL .




“ SELAMAT MENCUBA PETUA DR MAT LANUN ”

Read more...

Kain Kapan Haji Teepo

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa
saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo
adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya
dalam bisnes. Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu
hektar,pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas
isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak
dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang
belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh
doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa
sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini,
tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.

Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. Kain yang dah
buruk,koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa
kemewahan di dunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas
Hj.Teepo dengan genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya
isterinya."Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi.
Isterinya terdiam,tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak
terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah
sugul,Hj.Teepo berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh
dan terkoyak sana sini telah siap disediakan.. Untuk terakhir kali,
si isteri menghampiri Hj...Teepo.

"Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang
meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain
yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang
telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"

Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat
kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya.
Dengan nada yang sedih.

Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan
selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah
kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja."
Isterinya masih ragu-ragu.

"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan
yang buruk begitu?" tanyanya lagi.

"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti
Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan
fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi
selamatlah
abang.."

"Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana
terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu.. Ambik le
iktibar, hidup jangan suka menipu tau....

Read more...

DI MANA KEADILAN DI MALAYSIA ???????????





Diana Danielle Danny Beeson vs Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi Monday, January 12, 2009

Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dari Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis, merupakan pemuda pertama yang didapati bersalah kerana gagal menghadiri PLKN, pada 11 May 2005. Beliau didakwa dengan sengaja mengingkari notis bertarikh 9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah.Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang merupakan seorang daripada empat beradik kepada seorang ibu tunggal, telah berhenti persekolahan selepas tamat pelajaran tingkatan dua SMK Syed Alwi di Kayang. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang bekerja mengambil upah membuat bendang secara harian untuk menanggung ibu dan dua adiknya, memilih untuk menjalani hukuman penjara. Abangnya pula (21 tahun) dilaporkan berada di Melaka bagi mencari pekerjaan, dan dua orang adiknya berusia 16 dan 15 tahun. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dilaporkan oleh akhbar The Star sebagai meminjam RM7 daripada ibunya untuk menghadiri kesnya di mahkamah.

Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad menjatuhkan hukuman penjara 14 hari atau RM600 ke atas Ahmad Harizal selepas dia gagal membayar denda berjumlah RM600. Ahmad Harizal yang kesempitan wang telah memilih untuk hukuman penjara 14 hari.

KES 2

Pelakon Diana Danielle Danny Beeson (gambar), 17, tidak akan mendaftar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hari ini. Pelakon berkenaan membuat rayuan supaya diberi kelonggaran untuk menangguhkan penyertaannya dalam program itu yang sepatutnya bermula hari ini selama tiga bulan. Penangguhan itu dibuat kononnya kerana Diana terikat dengan kontrak penggambaran sebuah filem berjudul ‘Kecoh Betul’. Menurut pengarah filem itu, Baldev Singh, syarikat produksi White Merpati Entertainment yang menerbitkan filem berkenaan telah berurusan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam mendapatkan kelonggaran bagi pihak Diana. Permohonan itu dibuat minggu lepas setelah Diana terikat dengan perjanjian penggambaran filem arahannya dari 22 Disember sehingga 22 Januari depan.

Alasan penangguhan Diana itu tiada langsung dalam peraturan PLKN.


* dari blog Ustaz Suhaimi Saad - jazakallah.

Read more...

Ceritera anak Yg Bebal




SOSEJ & LEMBU

Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, x pernah lulus, akhirnya bapak dia dah x sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).

Si anak dah rasa x best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi. So dia ckp dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau x, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej x payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej....

Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor... menyusahkan plak tu...

Read more...

Wednesday, February 18, 2009

SABO JE LA CIKGU..

Murid : Selamat pagi, cikgu.
> Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
> Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
> Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
> Murid : Selamat sejahtera cikgu!
> Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
> Murid : Faham, cikgu!
> Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
> Murid : (senyap)
> Cikgu : Pandai!
> Murid : Bodoh!
> Cikgu : Tinggi!
> Murid : Rendah!
> Cikgu : Jauh!
> Murid : Dekat!
> Cikgu : Keadilan!
> Murid : UMNO!
> Cikgu : Salah!
> Murid : Betul!
> Cikgu : Bodoh!
> Murid : Pandai!
> Cikgu : Bukan!
> Murid : Ya!
> Cikgu : Oh Tuhan!
> Murid : Oh Hamba!
> Cikgu : Dengar ini!
> Murid : Dengar itu!
> Cikgu : Diam!
> Murid : Bising!
> Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
> Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
> Cikgu : Mati aku!
> Murid : Hidup kami!
> Cikgu : Rotan baru tau!
> Murid : Akar lama tak tau!
> Cikgu : Malas aku ajar kamu!
> Murid : Rajin kami belajar cikgu!
> Cikgu : Kamu gila!
> Murid : Kami siuman!
> Cikgu : Cukup! Cukup!
> Murid : Kurang! Kurang!
> Cikgu : Sudah! Sudah!
> Murid : Belum! Belum!
> Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
> Murid : Sebab saya seorang pandai!
> Cikgu : Oh! Melawan!
> Murid : Oh! Mengalah!
> Cikgu : Kurang ajar!
> Murid : Cukup ajar!
> Cikgu : Habis aku!
> Murid : Kekal kami!
> Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
> Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
> Cikgu : Sudah, bodoh!
> Murid : Belum, pandai!
> Cikgu : Berdiri!
> Murid : Duduk!
> Cikgu : Saya kata UMNO salah!
> Murid : Kami dengar KeADILan betul!
> Cikgu : Bangang kamu ni!

> Murid : Cerdik kami tu!
> Cikgu : Rosak!
> Murid : Baik!
> Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
> Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
> Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Read more...

IKLAN UNTUK TEAM BLOGGER DARI LANUN


Makluman,
Offer untuk member2 semua,
Baju T Shirts - Brand PUMA - ( Original )
Harga Asal : RM 198.00
Harga Tawaran : RM 15.00 Sahaja.
Baju rampasan Kastam
Boleh order kalu mahu...
sila lihat contoh baju di ATAS..ADA BERANI KE

Read more...

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA...

Perkara- Perkara Yang Membuat Kita Hilang INGATAN dan TUMPUL MINDA :
Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam
Perkara-perkara yang perlu diamalkan
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam
......dan yang paling penting dibawah ini........
selamat beramal.....
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.



Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.



Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.


Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).


Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.


Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.


Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.


Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.


Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.


Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.


Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Read more...

Tuesday, February 17, 2009

BUNG MOKHTAR BIADAP

Bung Mokhtar Biadap, Gelar Pejuang Bahasa “Anasir”

Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) kesal dengan tindakan ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar kerana “tidak menunjukkan akhlak yang mulia” dengan menggelar pejuang bahasa sebagai “anasir”.


“Sebagai seorang pemimpin yang duduk di dewan yang mulia (parlimen), beliau (Bung Mokhtar) sepatutnya berbahasa dengan cara yang baik, dengan ketinggian akhlak dan adap sopan,” kata setiausaha gerakan itu, Hasni Abas.

Sehubungan itu, Hasni mendesak ahli Parlimen itu membuat permohonan maaf secara terbuka “sebagai orang yang berbudi bahasa”.

Dalam kejadian kira-kira Jam 12 tengah hari tadi, Bung Mokhtar ditemui pemimpin GMP - diketuai pengerusinya, Datuk Hassan Ahmad - ekoran kenyataannya di dalam dewan hari ini yang didakwa menyifatkan pejuang bahasa sebagai “anasir”.

Bung Mokhtar dipercayai mengulas tindakan GMP hadir ke Parlimen hari ini bagi menyerahkan memorandum mendesak pemansuhan dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kepada ahli Parlimen pelbagai parti.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Hasni berkata, ahli-ahli parlimen lain yang ditemui mereka tidak berkelakuan sebegitu - termasuk pemimpin Umno lain - seperti Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad; Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, dan Menteri Pelajaran sendiri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Hasni yang berada di situ ketika kejadian itu, juga menjelaskan, dalam pertemuan ringkas hampir sepuluh minit itu, wujud ketegangan apabila kedua-dua pihak berselisih pandangan.

‘Minta keluar’

Perkara itu, katanya, menyebabkan Bung Mokhtar meminta mereka keluar dari parlimen atau beliau akan memanggil pengawal bagi menghalau mereka.

Ketika kejadian, tambah Hasni, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Abu Bakar Chik dan tokoh bahasa, Ainon Mohd paling lantang ke depan berhujah dengan Bung Mokhtar.

Sasterawan Negara A Samad Said, profesor matematik Shahril Mohd Zain, profesor bahasa Abdullah Hassan turut berada di situ ketika peristiwa itu berlaku.

Mengulas respons pemimpin-pemimpin BN yang menerima memorandum itu, beliau berkata: “Biasalah, mereka kata akan telitilah.”

Pagi tadi, GMP menggerak kira-kira 20 aktivis bahasa dan sastera berarak ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum kepada ahli parlimen, meminta mereka menyuarakan bantahan terhadap PPSMI di dalam persidangan dewan.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS turut menerima memorandum tersebut di sebelah pagi bagi kali kedua selepas pilihanraya kecil Kuala Terengganu 17 Januari lalu.

Read more...

JANJI ILLAHI - MAY

Read more...

KEADILAN - MAY (BKN PKR YE)




P/S : LAGU INI KHAS UTK PENEGAK KEADILAN DI MUKA BUMI INI..MASIH ADAKAH LG KEADILAN???

Read more...

BLUES FELDA BLUES -SBB AKU ANAK JATI FELDA

Read more...

BAHASA TERINDAH -RAMLI SARIP

Read more...

SERUAN -LEFTHANDED(AKU LEE TU)

Read more...

HILANG GELAP TERBITLAH TERANG -SWEET CHARITY

Read more...

ku dalam dilema -may

Read more...

DALAM KEMBARA /PELAYARAN -MAY

Read more...

CERITA TENTANG BUKIT

KAWASAN PILIHANRAYA MALAYSIA –BERNAMA ‘BUKIT’


NEGERI PARLIMEN DUN
PERLIS - TIADA – (SELAMAT) - TIADA – (SELAMAT)

KEDAH - TIADA – (SELAMAT) N5: BUKIT KAYU HITAM
N9: BUKIT LADA

N10: BUKIT PINANG

N15: ANAK BUKIT

N25: BUKIT SELAMBAU

PERAK P059: BUKIT GANTANG
N34: BUKIT CHANDAN


PULAU PINANG P045: BUKIT MERTAJAM N17: BUKIT TENGAH

P048: BUKIT BENDERA N18: BUKIT TAMBUN

P051: BUKIT GELUGOR


SELANGOR - TIADA – (SELAMAT) N10: BUKIT MELAWATI

N19: BUKIT ANTARABANGSA
N34: BUKIT GASING

N37: BUKIT LANJAN

MELAKA P137: BUKIT KATIL
- TIADA – (SELAMAT)

JOHOR - TIADA – (SELAMAT) N7: BUKIT SERAMPANG

N14: BUKIT NANING

N50: BUKIT PERMAI

N51: BUKIT BATU

KELANTAN - TIADA – (SELAMAT) N16: BUKIT TUKU

N26: BUKIT PANAU

N36: BUKIT BUNGA


PAHANG - TIADA – (SELAMAT) N40: BUKIT IBAM


TERENGGANU - TIADA – (SELAMAT) N12: BUKIT TUNGGAL

N18: BUKIT PAYUNG

N25: BUKIT BESI


SARAWAK - TIADA – (SELAMAT) - TIADA – (SELAMAT)

SABAH - TIADA – (SELAMAT) - TIADA – (SELAMAT)

WP KL/LABUAN/PUTRAJAYA
P120: BUKIT BINTANG

- TIADA – (SELAMAT)






CERITA BUKIT

Adakah secara kebetulah ataupun sengaja direka cipta oeh pihak-pihak tertentu namun hakikat yg perlu kita akui ialah dalam tempoh sebulan lebih dari sekarang Negara akan melihat tiga lagi episode PRK yang melibatkan tiga buah kawasan yang secara kebetulannya bermula dengan “BUKIT” iaitu satu kawasan Parlimen iaitu P059: BUKIT GANTANG di Perak dan dua buah kawasan DUN juga bermula dengan BUKIT iaitu N25: BUKIT SELAMBAU di Kedah dan N37: BUKIT LANJAN di negeri Selangor.(belum rasmi tapi pasti terjadi…)
Apa yang menarik untuk saya lontarkan pandangan saya adalah jika kita perhatikan ketiga-tiga tempat tersebut merupakan negeri yang sedang dan pernah dikuasai dan ditadbir oleh Pakatan Rakyat iaitu PKR,PAS dan DAP dan situasi ini sudah tentu menarik ramai minat pemikir dan pemerhati politik seluruh negara atau dunia tentang apa yang cuba dan sedang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu di sebalik kejadian yang menimpa YB-YB di tempat tersebut kecuali YB di Bukit Gantang yang bukan sengaja dijatuhkan tetapi sudah sampai Takdir terhadapnya pergi menemui Pencipta –Nya.
Selepas ini sudah tentulah bergerombolan-gerombolan penyokong-penyokong dari kesemua parti yang bertanding dari pemimpin hinggalah ke ‘balaci’ (pak turut) sampai ke tempat-tempat tersebut. Kedai-kedai kopi yg dulu sepi akan mula dihias mulai sekarang untuk menarik minat orang ramai singgah menelan apa yg patut semasa rancaknya kempen-kempen yg akan dijalankan. Hotel-hotel, rumah tumpangan termasuk juga rumah urut akan turut ‘tumpang sekaki’ terkena tempias bahana 3 bukit ini. Yang pasti penduduk setempat akan ternganga mulut dan tangan –tangan yg kosong selepas ini akan pasti mendapat habuan masing2 atau sekurang2nya ‘janji kosong’ yg akan dikatakan oleh orang-orang politik dan yg pasti adakah janji tersebut akan dikota kan seperti apa yg dikata. Sama2lah kita lihat nanti.

Bagi kawasan pilihanraya di negeri2 lain yang mempunyai nama BUKIT diharap bersabar dan bersedia tidak mustahil selepas ini giliran bukit2 yg lain pula akan runtuh seperti di Bukit Antarabangsa dahulu. Hanya sampai di sini dahulu bait-bait ayat yg dpt saya keluarkan dari otak saya. Mungkin di lain masa saya akan menulis lagi tapi bukan tentang bukit tapi mungkin tentang gunung ke , sungai, paya dan sebagainya. Sekian .Wassallam.
Saya sering teringat kata2 hikmah atau kata2 sinis teman saya .Katanya…

“ KALAU TAKUT MENERIMA RISIKO DAN BAHAYA TENTANG POLITIK JGN BICARA TENTANG PERJUANGAN UNTUK AGAMA,BANGSA DAN NEGARA”

Read more...

Monday, February 16, 2009

KEBAIKAN KENTUT..TUT..TUT



Jarang sekali kita dengar pompuan kentut kuat kuat terutamanya bila tengah keluar dengan lelaki. Mereka sanggup tahan kentut sampai biru biru muka semata mata tak mau kentut depan teman lelaki mereka. Padahal, lelaki sikit pun tak kisah jika pompuan terkentut. Adat la tuh dah nak terkentut. Paling kurang lelaki akan berkata "Eh! Makan apa kentut busuk dan kuat sangat nih???" Dan secara otomatik lelaki dan pompuan tadi akan ketawa bersama sama. Ini akan menjadikan hubungan mereka semakin ceria.
Lelaki secara lazimnya terkentut secara tak sengaja. Dan apabila benda ni terjadi, lelaki dengan secara tak malunya akan mengaku depan teman wanitanya bahawa dia terkentut. Dan teman wanita secara spontan akan berkata "Tak senonoh la…" sambil mengejek manja teman lelakinya itu. Dan lihatlah betapa harmoninya hubungan mereka.
Jika dahulu pompuan asyik menahan kentut ketika bersama teman lelakinya, namun kini pompuan dengan beraninya memberitahu lelaki bahawa dia nak terkentut. Pendek kata, kentut mintak izin. Tengok…bagaimana kentut mendidik pompuan supaya menjadi begitu tertib. Dan hubungan mereka secara tak langsung akan bertambah baik.
Jika dahulu pompuan berkata perbuatan teman lelakinya yang asyik terkentut sesuatu perbuatan yang tak senonoh, namun kini dia semakin mengaguminya dan semakin menghormati…kerana itu adalah trademark teman lelakinya. Mana nak jumpa dah lelaki camtu…
Akhir sekali, jangan sesekali malu jika anda terkentut ketika anda berkunjung ke rumah dan menemui ahli keluarga pasangan anda. Ini kerana jika anda terkentut, ahli keluarga pasangan anda akan gelakkan anda secara beramai ramai. Secara tak langsung, ini akan mengeratkan hubungan anda bersama bakal bakal ahli keluarga anda.
Kesimpulan:
Kentut itu membahagiakan… .anda setuju???

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP