SAJAK BUAT WARGA PENDIDIK
SAJAK BUAT WARGA PENDIDIK
KARYA : EFISYA (KAKAK LANUN)
Kalam siapakah pengukir cita dan jaya
Di diari anak-anak yang damba ke mercu
kukira engkaulah penenun hebat
pernah memilih lantas menghimpunkan
Benang-benang keakraban menjadi sutera kasih
kukira kiblat perjuangannya tidak pernah berkalih
tegur didikmu tidak boleh memilih-milih
kerna tugasmu menanam menyubur benih
Dalam sukma mesti sarat penuh rasa cinta, rasa kasih
Rasa tanggungjawab, sifar calar tulus amanah, tak boleh serpih
Terus berjuang kerana kalian insan terpilih
Kepada rakanku yang pernah tercalar hatinya
usah biarkan teritip-teritip kecil mengguris hati
Hidup ini memang ladang juang maha hebat maha gawat
Hidup ini kelarai payah, tenunan gundah untaian resah
Singkirkan rawan mendatang
Bukakan kembali pustaka rindu cintamu
Agar anak-anak masih merah
bisa mengenal apa bezanya
Rama-rama dan kupu-kupu
Wahau Tuhan Maha Pengasih
Jadikan benih-benih azam anak-anak didik kami
Tumbuh subur menjadi pohon hijau
Di perkebunan hidup.
4 comments:
aku tak mau sajak...aku nak syair atau guridam guru..boleh buat ka ?
post le bulan mei sempena hari guru ... la ni rabiulawwal buat le sajak untuk rasul ... bro lanun lanun gak Nabi jangan lupe .. nasihat ni free je tak yah bayaq
sajak utk guru tak pyh tggu bln mei spanjang thn pun bole.kalu bln mei baru nak wat sajak itu tak ikhlas namanye.
buat sajak untuk rasul sempena bulan rabiulawwal pun tak ikhlas ke?
Post a Comment