CERITA TENTANG BUKIT
KAWASAN PILIHANRAYA MALAYSIA –BERNAMA ‘BUKIT’
NEGERI PARLIMEN DUN
PERLIS - TIADA – (SELAMAT) - TIADA – (SELAMAT)
KEDAH - TIADA – (SELAMAT) N5: BUKIT KAYU HITAM
N9: BUKIT LADA
N10: BUKIT PINANG
N15: ANAK BUKIT
N25: BUKIT SELAMBAU
PERAK P059: BUKIT GANTANG
N34: BUKIT CHANDAN
PULAU PINANG P045: BUKIT MERTAJAM N17: BUKIT TENGAH
P048: BUKIT BENDERA N18: BUKIT TAMBUN
P051: BUKIT GELUGOR
SELANGOR - TIADA – (SELAMAT) N10: BUKIT MELAWATI
N19: BUKIT ANTARABANGSA
N34: BUKIT GASING
N37: BUKIT LANJAN
MELAKA P137: BUKIT KATIL
- TIADA – (SELAMAT)
JOHOR - TIADA – (SELAMAT) N7: BUKIT SERAMPANG
N14: BUKIT NANING
N50: BUKIT PERMAI
N51: BUKIT BATU
KELANTAN - TIADA – (SELAMAT) N16: BUKIT TUKU
N26: BUKIT PANAU
N36: BUKIT BUNGA
PAHANG - TIADA – (SELAMAT) N40: BUKIT IBAM
TERENGGANU - TIADA – (SELAMAT) N12: BUKIT TUNGGAL
N18: BUKIT PAYUNG
N25: BUKIT BESI
SARAWAK - TIADA – (SELAMAT) - TIADA – (SELAMAT)
SABAH - TIADA – (SELAMAT) - TIADA – (SELAMAT)
WP KL/LABUAN/PUTRAJAYA
P120: BUKIT BINTANG
- TIADA – (SELAMAT)
CERITA BUKIT
Adakah secara kebetulah ataupun sengaja direka cipta oeh pihak-pihak tertentu namun hakikat yg perlu kita akui ialah dalam tempoh sebulan lebih dari sekarang Negara akan melihat tiga lagi episode PRK yang melibatkan tiga buah kawasan yang secara kebetulannya bermula dengan “BUKIT” iaitu satu kawasan Parlimen iaitu P059: BUKIT GANTANG di Perak dan dua buah kawasan DUN juga bermula dengan BUKIT iaitu N25: BUKIT SELAMBAU di Kedah dan N37: BUKIT LANJAN di negeri Selangor.(belum rasmi tapi pasti terjadi…)
Apa yang menarik untuk saya lontarkan pandangan saya adalah jika kita perhatikan ketiga-tiga tempat tersebut merupakan negeri yang sedang dan pernah dikuasai dan ditadbir oleh Pakatan Rakyat iaitu PKR,PAS dan DAP dan situasi ini sudah tentu menarik ramai minat pemikir dan pemerhati politik seluruh negara atau dunia tentang apa yang cuba dan sedang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu di sebalik kejadian yang menimpa YB-YB di tempat tersebut kecuali YB di Bukit Gantang yang bukan sengaja dijatuhkan tetapi sudah sampai Takdir terhadapnya pergi menemui Pencipta –Nya.
Selepas ini sudah tentulah bergerombolan-gerombolan penyokong-penyokong dari kesemua parti yang bertanding dari pemimpin hinggalah ke ‘balaci’ (pak turut) sampai ke tempat-tempat tersebut. Kedai-kedai kopi yg dulu sepi akan mula dihias mulai sekarang untuk menarik minat orang ramai singgah menelan apa yg patut semasa rancaknya kempen-kempen yg akan dijalankan. Hotel-hotel, rumah tumpangan termasuk juga rumah urut akan turut ‘tumpang sekaki’ terkena tempias bahana 3 bukit ini. Yang pasti penduduk setempat akan ternganga mulut dan tangan –tangan yg kosong selepas ini akan pasti mendapat habuan masing2 atau sekurang2nya ‘janji kosong’ yg akan dikatakan oleh orang-orang politik dan yg pasti adakah janji tersebut akan dikota kan seperti apa yg dikata. Sama2lah kita lihat nanti.
Bagi kawasan pilihanraya di negeri2 lain yang mempunyai nama BUKIT diharap bersabar dan bersedia tidak mustahil selepas ini giliran bukit2 yg lain pula akan runtuh seperti di Bukit Antarabangsa dahulu. Hanya sampai di sini dahulu bait-bait ayat yg dpt saya keluarkan dari otak saya. Mungkin di lain masa saya akan menulis lagi tapi bukan tentang bukit tapi mungkin tentang gunung ke , sungai, paya dan sebagainya. Sekian .Wassallam.
Saya sering teringat kata2 hikmah atau kata2 sinis teman saya .Katanya…
“ KALAU TAKUT MENERIMA RISIKO DAN BAHAYA TENTANG POLITIK JGN BICARA TENTANG PERJUANGAN UNTUK AGAMA,BANGSA DAN NEGARA”
0 comments:
Post a Comment