Kain Kapan Haji Teepo
Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa
saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo
adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya
dalam bisnes. Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu
hektar,pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas
isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak
dihiraukannya.
Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang
belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh
doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa
sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini,
tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.
Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. Kain yang dah
buruk,koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa
kemewahan di dunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas
Hj.Teepo dengan genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya
isterinya."Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi.
Isterinya terdiam,tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak
terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."
Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah
sugul,Hj.Teepo berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh
dan terkoyak sana sini telah siap disediakan.. Untuk terakhir kali,
si isteri menghampiri Hj...Teepo.
"Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang
meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain
yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang
telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"
Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat
kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya.
Dengan nada yang sedih.
Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan
selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah
kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja."
Isterinya masih ragu-ragu.
"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan
yang buruk begitu?" tanyanya lagi.
"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti
Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan
fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi
selamatlah
abang.."
"Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana
terkejut berok dengan penjelasan suaminya.
P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu.. Ambik le
iktibar, hidup jangan suka menipu tau....
3 comments:
memang class cerita kau nie mat lanun
tima kasih ..I,m sorry
tok penah dengo cita ni masa konsert sm salim ngan siti dulu ... hang dengan sm salim tu selanun ke...
Post a Comment