Saturday, February 21, 2009

DI MANA KEADILAN DI MALAYSIA ???????????





Diana Danielle Danny Beeson vs Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi Monday, January 12, 2009

Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dari Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis, merupakan pemuda pertama yang didapati bersalah kerana gagal menghadiri PLKN, pada 11 May 2005. Beliau didakwa dengan sengaja mengingkari notis bertarikh 9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah.Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang merupakan seorang daripada empat beradik kepada seorang ibu tunggal, telah berhenti persekolahan selepas tamat pelajaran tingkatan dua SMK Syed Alwi di Kayang. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang bekerja mengambil upah membuat bendang secara harian untuk menanggung ibu dan dua adiknya, memilih untuk menjalani hukuman penjara. Abangnya pula (21 tahun) dilaporkan berada di Melaka bagi mencari pekerjaan, dan dua orang adiknya berusia 16 dan 15 tahun. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dilaporkan oleh akhbar The Star sebagai meminjam RM7 daripada ibunya untuk menghadiri kesnya di mahkamah.

Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad menjatuhkan hukuman penjara 14 hari atau RM600 ke atas Ahmad Harizal selepas dia gagal membayar denda berjumlah RM600. Ahmad Harizal yang kesempitan wang telah memilih untuk hukuman penjara 14 hari.

KES 2

Pelakon Diana Danielle Danny Beeson (gambar), 17, tidak akan mendaftar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hari ini. Pelakon berkenaan membuat rayuan supaya diberi kelonggaran untuk menangguhkan penyertaannya dalam program itu yang sepatutnya bermula hari ini selama tiga bulan. Penangguhan itu dibuat kononnya kerana Diana terikat dengan kontrak penggambaran sebuah filem berjudul ‘Kecoh Betul’. Menurut pengarah filem itu, Baldev Singh, syarikat produksi White Merpati Entertainment yang menerbitkan filem berkenaan telah berurusan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam mendapatkan kelonggaran bagi pihak Diana. Permohonan itu dibuat minggu lepas setelah Diana terikat dengan perjanjian penggambaran filem arahannya dari 22 Disember sehingga 22 Januari depan.

Alasan penangguhan Diana itu tiada langsung dalam peraturan PLKN.


* dari blog Ustaz Suhaimi Saad - jazakallah.

3 comments:

Aku Harubiru February 21, 2009 at 5:20 AM  

ada rupa...
ada pangkat...
ada kuasa...
ada kenalan VIP...
macam2 ada....

Kalau ada semua di atas
Bolehlah bikin apa2 saja

Yang miskin dihina
Yang hodoh dicela

Beginilah hidup di M'sia

KakiAyam February 21, 2009 at 6:48 AM  

tu biasa la mat lanun...hang pun tak pi PLKN..alasan nak repair sauh kapal..terikat dengan tiang...ala biasa la

Tok Malau ... February 21, 2009 at 3:38 PM  

ciri-ciri akhir zaman : yang baik dikata salah yang salah dikata benar . yang huduh dikata salah yang lawa , cantik melecun tetap benar ... beruntung le mereka yang bijak menilai sebuah kebenaran

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP